Tuesday, April 19, 2011

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-

1: Wajah yang cantik – solat subuh

2: Duit yang banyak – solat zohor

3: Kesihatan yang baik – solat asar

4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib

5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak


Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .


Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak . ( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' Surah Al-Baqarah ayat 286

Saturday, March 26, 2011

AMARAN DARI ALLAH_DIDALAM MULUT BAYI

Message: Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru
di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai
seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina
baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.

Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut
bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia ,
sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"
Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi
tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa
Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang
ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk
memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...

Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan
pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye.
Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam! sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita.Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita
renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap
sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat....................

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah,barat dan timur.Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham
Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia
dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian

ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..

Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina)


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

Thursday, March 17, 2011

SeJaRah PeNglibAtAn sUkAn SaYA BersAma AkadEmik juGa


Mula menceburi sukan olahraga semenjak habis darjah enam di S.K Guar Perahu kerana sebelum ini saya pernah mewakili sukan bola sepak di peringkat MSSM semasa darjah enam,tetapi selepas tamat darjah enam saya melanjutkan pelajaran saya di S.M.K MUTIARA IMPIAN sampai tingkatan enam..Oleh itu,pelbagai anugerah serta pingat yang saya pernah menangi juga begitu banyak boleh di katakan medal saya sudah mencecah hampir 100 medal ke atas..Saya juga pernah memenangi pingat EMAS di peringkat Zon,Negeri,MSSM,Sukpen,Sirkit kebangsaan ,Remaja Kebangsaan dan kejohann terbuka yang lain,makna kata semua pingat EMAS di MALAYSIA ini kejohanan saya biasa dapat kecuali kejohanan sukan malaysia atau SUKMA sahaja saya dapat pinggat perak tidak pernah dapat pinggat EMAS lagi dan kejohanan Antarabangsa yang pernah saya sertai sekadar menggondol pinggat Gangsa pencapaian yang paling baik dalam sejarah saya..Ini gambar pinggat saya yang saya dapat sebagai bukti mengikut urutan dari peringkat Zon sampai peringkat Antarabangsa maknanya pinggat ini satu sahaja saya letak tetapi setiap satu pinggat itu menandakan setiap kejohanan besar yang pernah saya sertai dan memprolehi  medal...




Medal paling bawah peringkat Zon dan yang atas peringkat Antarabangsa

Selain itu,saya juga pernah menerima anugerah sepanjang penglibatan saya dalam arena sukan olahraga antara anugerah yang pernah saya dapat ialah Olahragawan Peringkat Sekolah Sukan S.M.KMI,Olahragawan Zon,Olahragawan Negeri ,Atlit Cemerlang Peringkat Daerah dan anugerah yang paling tinggi yang pernah saya dapat adalah pada tahun 2007 saya di anugerahkan Tokoh Sukan Peringkat Negeri dan saya pun terkejut dengan anugerah ini dalam kerjaya saya sebagai atlit ketika itu....Anugerah tokoh sukan ini bukan calangx2 orang yang dapat kerana banyak persaingan dari sukan lain dan mereka mengira merit kejohanan besar yang kita menang selain sahsiah dan akademik juga diambil kira markah dan alhamdullilah saya bersyukur kerana terpilih menerima tokoh sukan peringkat negeri pada tahun 2007 dan mengangkat martabat sukan olahraga juga dan saya juga orang pertama dari sukan olahraga menerima tokoh sukan ini dan sebelum ini ,anugerah tokoh sukan peringkat negeri pulau pinang ini dapat kepada atlit sepak takraw pada tahun 2006..Ini antara gambar anugerah yang saya dapat sepanjang saya berkecimpung dalam sukan olahraga sebagai bukti bukan tipu..heeh3


Anugerah Sukan yang Aku dapat...
Alhamdullilah bercerita pasal akademik saya biasa aja..Nama pun atlit sentiasa sibuk dan jarang ke kelas tetapi tidak bererti saya gagal dalam pelajaran cuma result saya tidak sebagus sangat kadang2 main banyak juga tetapi percayar la budak pandai dengan budak malas lebih kurang sama ajer kepala otak cuma sikap malas harus kita hindari dari prinsip kita dan saya akui dulu saya banyak main dan minit terakhir baru saya pulun untuk 'STUDY' akhirnya saya dapat juga result yang memuaskan ketika spm dan stpm juga...Akhir kata saya dapat juga seimbang  kedua2 bidang mahupun akademik dan sukan dan menjadi manusia yang berguna kepada negara..as salam

Friday, February 18, 2011

Rahsia Tahi Lalat Dan Tip Dalam Berpasangan

TandaFirasat Tahi Lalat
Bibir atas kananBanyak rezeki, pandai
Bibir atas kiriRamai kawan, baik hati
Bibir bawah kananDisegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiriPandai bicara, tak mudah kalah
Leher kananCerdas, jujur, berani menderita
Leher kiriCerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengahTercapai cita-cita
Biji mata kananSuka serong dan pembohong
Biji mata kiriPembohong tetapi baik hati
Hujung mata kananBaik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiriBaik budi, murah rezeki
Punggung kananAgak mengalami kesulitan
Punggung kiriMalas dan suka duduk
Betis kananSuka berhibur, boros
Betis kiriRajin, tidak suka menganggur
Lutut kananBersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiriKurang kuat berusaha
Kepala sebelah kananTerkabul cita-cita
Kepala sebelah kiriSering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakangJujur, sabar dan tekun
Kening kananCerdas dan cekap
Kening kiriCerdas dan sopan santun
Tengah keningKeras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kananKecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiriSuka berpoya-poya
Ketiak kananDapat menyimpan rahsia
Ketiak kiriJujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kananSuka keluar rumah
Pergelangan kaki kiriKehendak kuat
Batang hidungBanyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidungBanyak rezeki
Dagu bawah kananJujur dan baik hati
Dagu bawah kiriBijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiriBaik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki)Bakal beristeri dua
Tumit kananJujur dan banyak kawan
Tumit kiriBaik budi
Alis kananSuka menolong dan baik hati
Alis kiriRamai yang suka
Pangkal peha kananKemahuan kuat
Pangkal peha kiriSuka kerja apa pun
Telapak kaki kananTak mudah mengeluh
Jari kaki kananSuka menolong
Jari kaki kiriBerbudi, suka berbuat baik
Bahu kananCermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiriSuka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kananBaik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiriRamai kawan, setia pada pasangan
Lengan kananSetia dan taat pada atasan
Lengan kiriMenepati janji dan rajin
Pipi kananRamai teman
Tengah-tengah pipi kananRamai yang suka
Tengah-tengah pipi kriRamai teman
Ubun-ubunKurang jujur
PusatCerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kananSejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiriBeroleh kemuliaan
Pinggang kananSayang pada pasangan hidup
Pinggang kiriDisayang pasangan hidup
Dada kananDapat mengatasi masalah
Dada kiriBerani, jujur dan sabar
Telapak kaki kananTidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiriBaik budi pekertinya
Siku tangan kananKuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiriBaik hati, suka menolong
Jari tangan kananSerba beroleh keuntungan
Jari tangan kiriSerba baik bekerja
Jari telapak tangan kananBanyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiriBanyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kananBoros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiriDapat berpangkat
Perut bawah kananBanyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiriBaik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalamDisayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalamTidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luarBaik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiriMurah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kananSerba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atasBaik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atasBaik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawahAgak malas
Kelopak mata kiri bawahAgak bodoh, kurang bijaksana

Sebelum ini, saya dan Mrs Teddy ada mengongsikan bersama-sama 5 tips dalam berpasangan yang kami amalkan. Tetapi, untuk artikel kali ini, kami pula ada menerima 11 tips dalam berpasangan yang dikirimkan oleh seorang pembaca Tentang Cinta. Ianya amat-amat menarik dan bagus untuk dijadikan sebagai panduan bagi mereka-mereka yang sedang berpasangan.
1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.
2. Jangan 'minder' dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.
3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.
4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.
5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan... ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?
7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?
8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup... .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka... .
9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.
10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda
Cukup jelas...
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.
11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

Rahsia pemakanan genius islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Telur Ayam sangat bERkhasiat

PADA setiap Persidangan Kebangsaan ANGKASA, salah satu makanan dalam menu untuk disajikan kepada para perwakilan dan pemerhati pastinya sebiji telur ayam rebus! Ini adalah suatu teladan baik yang mungkin kebanyakan orang terlepas pandang.
Telur ayam adalah satu-satunya makanan semulajadi yang sangat berkhasiat dan juga antara sumber protein yang paling baik di muka bumi. Dalam tiga daripada empat kaedah saintifik yang lazim diguna untuk mengukur kualiti protein, telur memperoleh skor yang jauh lebih tinggi daripada sumber-sumber protein lain seperti susu, daging lembu, whey dan soya. Kesemua sumber protein ini seri dalam kaedah pengukuran keempat sahaja.
Selain daripada mengandungi kesemua sembilan amino asid, 15 jenis vitamin dan kolestrol kuning telur mengandungi tujuh nutrien istimewa seperti rajah 1 di bawah.
Kebanyakan orang takut memakan telur kerana kolestrol tetapi sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolestrol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah. Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah faktor penyebab serangan sakit jantung. Menurut Harvard Medical School Guide to Healthy Eating tidak pernah ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa orang memakan telur dengan banyak mendapat lebih banyak serangan sakit jantung daripada orang yang memakan sedikit telur.
Choline diperlukan untuk membentuk ‘neurotransmitter’ Acettylcholine yang sangat mustahak untuk daya ingatan (memory) dan pemikiran (thought) dan melindungi kita daripada nyanyuk termasuk penyakit Alzheimer. Jadi, telur, seperti ikan adalah makanan otak!
Oleh kerana phosphatidylcholine bahan asas membran sel dan kebanyakan metabolisma dalam hati berlaku di membran sel, ianya membantu melindungi hati daripada pelbagai jenis toksin.
Menurut pengarang buku Eye Care Naturally, Dr. Michael Geiger dari New York, Lutein yang terdapat dalam bahagian dalaman mata (retina) khususnya “macula” melindungi mata daripada kesan buruk high energy blue wavelengths dalam matahari dan lampu rumah.
Kandungan sulfur yang tinggi dalam kuning telur menyebabkan orang nampak anggun kerana rambut dan kuku mereka yang sihat dan cantik.
Satu kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Cancer Epidemilogy Biomarkers and Prevention keluaran Januari 2005 tentang kanser payu dara di kalangan orang perempuan Cina yang berhijrah dari Cina ke Hong Kong dan seterusnya di Amerika Syarikat mendapati :
  1. Mereka yang memakan banyak sayur dan buah-buahan kurang mendapat kanser payu dara – tiada kejutan tentang fakta ini.
  2. Mereka yang memakan banyak telur ayam juga kurang kemungkinan mendapat kanser payu dara. Yang memakan enam biji telur seminggu dibanding dengan mereka yang memakan dua biji telur seminggu didapati merendahkan risiko kanser sebanyak 44 peratus!

Kedatangan Imam Mahdi

Ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak bala.
Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan de-ngan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah kecil. Bencana semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit.
Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan datang angin yang hitam yang me-nyebabkan manusia ramai yang mati. Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggelam. Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang.
Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan dari langit itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa Melayu, bahasa Arab dan sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam bahasa Arab tetapi semua orang mendengar dalam bahasanya sendiri.
Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua orang yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan banyak peperangan berlaku sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya. Orang semkain berani berbuat jahat tidak kira tempat dan waktu.
Pada masa itu nanti yang diangkat menjadi pemimpin pun terdiri dari orang-orang jahat. Pemimpinnya jahat dan orang yang dipimpin pun sama-sama jahat. Dalam hadis dikatakan ramai manusia pada masa itu nanti yang beriman pada waktu petang tetapi esok paginya sudah menjadi kafir. Namun demikian ramai ulama yang mengertikan hadis itu dengan kafir nikmat.
Bukan bererti petang dia masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi misalnya. Maksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya orang yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan pemberian Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan kepada yang diredai Allah SWT.
Menjelang turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan tentera dari Turki akan datang ke jazirah Arab. Mereka datang untuk menakluki tanah-tanah jazirah Arab. Mereka bunuh pemimpin-pemimpinnya dan mereka kuasai daerahnya.
Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam Mahdi. Beliau datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknya (Muhammad s.a.w) untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi itu. Bukan hanya manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung dan makhluk lainnya.
Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah s.a.w yang ada ketika itu (pada masa munculnya) nanti. Dia diangkat orang menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia nanti sudah begitu buruk keadaannya.
Mereka mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah melihatnya berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia yang ada pada zaman itu nanti mengharap semoga dia dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan. Dengan perasaan yang cukup berat, dia (Imam Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.
Kerana tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak berapa suka menjadi pemimpin, sudah tentu dia pun tidak ada berkempen mengajak orang untuk mengangkatnya. Setelah dia memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu bahawa itu adalah Imam Mahdi. Dia tunjukkan perilaku yang baik, dia ajak manusia mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar, kemudian orang pun mengikuti arahannya.
Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelimang dengan dosa mahu diajak kepada kebaikan? Ini tentunya samalah dengan zaman jahiliah dahulu, yang mana keadaan masyarakat sudah begitu buruk, tiba-tiba datang seorang utusan Allah untuk membaiki keadaan dunia, orang pun terus mengikutnya.
Manusia mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang mengajak itu mempunyai banyak kelebihan, dan yang paling penting orang yang mengajak itu berjuang dengan ikhlas dan sesuai kata-kata dengan perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh dunia mengikut ajarannya kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik.
Keadilan dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. Kerana keadaan masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah berkurangan. Bahkan rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah ruah. Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak terpedaya oleh kesenangan dunia, tahulah mereka bahawa yang memimpin mereka itu adalah Imam Mahdi.

Tuesday, February 8, 2011

Pengakuan Orang-orang Barat Terhadap Imam Mahdi


imam mahdi
 Di dalam post terbaru ini, kita akan lihat pengakuan orang-orang barat terhadap Imam Mahdi.
Agenda Yahudi yang Kesembilan (untuk memusnahkan umat Islam): Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam dan jangan beri kesempatan bergerak.

montgomery watt
1. Sehubungan itu, seorang orientalis Inggeris, Montgomery Watt, menulis dalam ‘London Time’ pada tahun 1968:
“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan (bangkit kembali dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”
Yang dimaksudkan oleh Montgomery itu adalah pemimpin yang bertaraf khalifah, kerana hanya seorang pemimpin yang bertaraf khalifah sahaja yang akan mampu menyatukan kembali seluruh umat Islam yang sedang kronik berpecah-belah pada hari ini. Pemimpin yang bertaraf Presiden atau Perdana Menteri tidak termasuk dalam senarai pemimpin yang dimaksudkan oleh beliau.
Taraf Presiden atau Perdana Menteri hanya layak untuk memimpin di dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak untuk memimpin dunia yang tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh dunia Islam. Hanya seorang pemimpin yang bertaraf Khalifah sahaja yang akan diberi kemampuan dan berkelayakan penuh untuk berbuat demikian.
ben gurion

 2. Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah dilaporkan berkata,
“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad Baru.”
Muhammad Baru yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Mahdi, kerana nama Imam Mahdi itu adalah Muhammad, sama dengan nama datuknya, Nabi Muhammad SAW. Jelaslah bahwa pihak Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini, yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan ketakutan mereka itu tidak dapat disembunyikan lagi.
Jelaslah bahwa orang-orang Kristian adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, tahu pula tempat keluarnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu.
Yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya, sibuk pula mengutuk golongan yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi. Titik pertemuan tidak juga diperoleh. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam soal ini?


The Mahdi
 3. A. J. Quinnell, seorang novelis Barat telah menulis sebuah novel bertajuk The Mahdi.
Di dalam novel itu disebutkan andaian beliau bahawa isu Imam Mahdi ini akan dieksploitasi oleh kuasa-kuasa besar Barat. Kuasa-kuasa besar ini akan bergabung tenaga, fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang yang mereka pilih sebagai Mahdi untuk diikuti oleh seluruh umat Islam. Tujuannya adalah untuk mencapai tujuan jahat mereka terhadap umat dan negara-negara Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik CIA, MI5 dan KGB untuk muncul di Tanah Suci Makkah. Setelah itu, beliau akan mengarahkan seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa-kuasa besar Barat itu.
Wallahualam.

Kebangkitan revolusi islam dari timur akan datang akhir zaman....





love u


Menjelang 1430H/2009 iaitu sejak tahun 2006/2007/2008, kalimah Allah telah muncul boleh dikatakan disegenap pelusuk dunia. Ini sudah tentu suatu ‘alamat’ dari Allah Yang Maha Kuasa kepada manusia akan kebangkitan Islam akhir zaman. Tetapi amat sedikit manusia yang memahami akan alamat dari Allah SWT ini.
Keturunan Rasulullah dan para sahabatnya yang telah mencetuskan peradaban keagungan manusia lebih dari 1400 tahun yang lalu bukannya hilang tapi bersembunyi seketika.
Ia bangkit kembali di zaman keagungan Melaka sehingga menarik bangsa-bangsa eropah menjajah di rantau ini...


Belanda menyerang Melaka
                                                                                                                                             
 Menjadi lumrah alam akan orang yang berpegang dengan Sunnah Rasulullah ini sentiasa diburu manusia. Begitulah dengan apa yang terjadi di tanah Arab.
Beratus tahun lamanya bertapak di tanah Arab, orang-orang yang berpegang dengan amalan Rasulullah dan para sahabatnya ini tidak jemu-jemu diburu manusia. Mereka tahu bahawa riwayat Islam sebagaimana amalan Rasulullah itu tidak akan dapat bertahan di tanah Arab. Mereka berhijrah ke sebelah Timur kerana pada pandangan kasyafnya, timurlah yang akan meneruskan amalan Rasulullah di akhir zaman

peta tanah melayu
Agama ketauhidan ini ‘berhijrah’ dari suatu bangsa ke suatu bangsa dari Israel (Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman) Nasrani (Nabi Isa) kepada bangsa Arab (Rasullulah s.a.w) Turki, Parsi, India, China dan akhirnya kekal kepada bangsa Melayu di Timur sebab itulah waliyullah Datuk Panglima Hang Tuah berpesan ‘Takkan Melayu hilang di dunia’. Lebih kurang 700 tahun yang lalu, Islam telah datang ke rantau sebelah sini sebagaimana tercatat di Batu Bersurat yang dijumpai di Kuala Berang, Terengganu

batu bersurat terengganu
 Di Batu itu tertulis:
….Tuhan mendudukkan tamra (piagam) ini di benua Terengganu adi pertama ada….
Sheikh Muhammad al-Baghdadi, ahlul bait yang juga penulis Batu Bersurat ini telah meletakkan piagam atau suatu cap mohor bahawa Islam akhir zaman akan bermula di bumi Terengganu. Terengganu dari sebuah negeri yang kecil dengan pegangan ketauhidan dan keislamannya telah berkembang menjadi sebuah ‘benua’ sebagaimana yang tertulis di Batu itu.
Negeri berpanji hitam inilah sebagai penggerak akan kebangkitan Islam di akhir zaman.
Sabda Rasullulah:
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.(Al-Hafiz Abu Naim)

negeri terengganu(panji hitam dari timur?)
Dari Hulu Terengganu ahlul bait Waliyullah Sheikh Muhammad al-Baghdadi telah menyusur turun beberapa ahlul bait terdahulu seperti Tok Pauh di Kg Pauh, Kuala Berang kemudian menuju ke Kuala Terengganu menurunkan ahlul bait Tok Ku Pulau Manis dan Tok Ku Paloh.

tok ku paluh
 Susur galur keturunannyalah yang akan mengibarkan panji-panji hitam kebangkitan Islam akan datang.
Sharif Muhammad al-Baghdadi dipercayai penulis Batu Bersurat dengan jelas telah meramalkan akan kebangkitan Islam akan datang.
Makam ahlul bait pertama yang dapat dikesan dipercayai Makam Shariff Muhammad al-Baghdadi yang terletak di Kg Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Ahlul bait ini turun takhta di Baghdad kerana mengambil jalan wara’.
Makam Shariff Muhammad al-Baghdadi
Suatu kenyataan yang jelas, terukir di Batu itu bahawa kesinambungan amalan warisan Rasulullah itu telah bersambung di rantau sebelah sini setelah sekian lama bertapak di bumi Arab. Allah tidak akan memperlihatkan kalimah ini melainkan disitu ada satu mesej besar yang hendak disampaikan kepada manusia iaitu Islam itu adalah tinggi dan tiada sesuatu pun yang dapat mengatasinya. Tetapi amat sedikit manusia yang memahaminya.
Kalimah ALLAH di angkasa lepas dari ISS
Akan kalimah Allah ini muncul di segenap pelusuk dunia, baik di Barat maupun di Timur. Sudah tentu ianya dari Yang Maha Kuasa untuk di sampaikan kepada manusia seluruhnya. Berikut dipaparkan kemunculan kalimah tersebut di beberapa tempat.
Subhanaallah
Ini hanyalah sebahagian kalimah Allah yang muncul sejak kebelakangan ini. Anda boleh search sendiri dalam google untuk mencari lebih banyak gambar-gambar berkaitan. Mesej ini dari Yang Maha Kuasa yang hendak disampaikan akan kekuasaan diri Yang Maha Kuasa.
Mengenai mesej kalimah Allah ini di angkasa Allah SWT berfirman:
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
( Fussilat 41: 53)
Wallahualm.. Allah knows best.

Kelebihan Ayat Kursi

1) Barangsiapa membaca ayat al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT akan mewakilkan dua orang malaikat memeliharanya sehingga subuh

2)barangsiapa membaca ayat al-kursi di akhir setiap solat fardhu, dia akan berada dalam lingkungan Allah SWT hingga sembahyang fardhu yang lain

3) Barangsiapa membaca ayat al-Kursi di akhir setiap solat fardhu, tidak menegah ia masuk syurga, barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke ats rumahnya, rumah jirannya dan ahli-ahli sekitarnya.

4) Barangsiapa membaca ayat al-Kursi di akhir setiap solat fardhu Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan yang benar, pahala-pahala nabi dan Allah melimpahkan rahmat keatasnya.

5)Barangsiapa membaca ayat al-Kursi sebelum keluar rumahnya, Maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya memohon keampunan dan mendoakannya.

6)Barangsiapa membaca ayat al-Kursi di akhir setiap solat fardhu Allah SWT mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid

7)Barangsiapa membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Friday, February 4, 2011

Don't give up..i like this video

Thursday, February 3, 2011

Muslim ilmuwan dan Thinkers–Taqi al-Din


saintis islam taqi al-din
Jawad al-Din lahir di Damaskus, Suriah, pada tahun 1521 CE.
Ia menerima pendidikan di Kairo, Mesir, di mana ia belajar astronomi, matematika, Kedokteran, dan hukum Islam. Ia mengambil posisi yaitu Qadi dan teolog seorang, dan menjadi guru di madrasah.
Sementara di Kairo ia menerbitkan sejumlah buku ilmiah dan traktat. Terkesan dengan bakat dan kualifikasi, Sultan Selim II dari Kekaisaran Ottoman memberinya posisi kepala astronom pengadilan, dan Jawad al-Din pindah ke Istanbul.
Setelah kematian Sultan Selim, Murad menjadi sultan baru dan Dubai. Jawad al-Din disarankan Sultan Murad dibangun Observatorium sehingga dia bisa membuat prediksi astrologi yang akurat. Sebulan setelah selesainya Observatorium, Jawad al-Din menyaksikan sebuah komet dan berpikir bahwa komet adalah pertanda dari Ottoman militer victory–which terbukti menjadi salah. Sultan melihat tidak ada gunanya untuk Observatorium dan mengeluarkan perintah untuk menghancurkannya. Jawad al-Din bekerja di Observatorium selama tiga tahun sebelum kehancuran di 1580 CE. Dia tinggal di Istanbul selama sisa hidupnya, bekerja pada proyek-proyek yang banyak sampai ia meninggal pada tahun 1585 CE.
Jawad al-Din adalah figur legendaris dan brilian ilmuwan yang mengenakan topi begitu banyak pada saat yang sama. Dia adalah astronomer, peramal, matematikawan, watch pembuat, Islam filsuf dan teolog, insinyur, dokter, hakim Islam, ahli botani, zoologi dan seorang penemu. Dia menulis buku sembilan puluh pada berbagai subyek, tetapi karena buku-buku teknik, jam, optik, mekanika, astronomi dan matematika.
Jawad al-Din adalah penemu mekanis jam alarm dan musim semi-driven jam astronomi. Jam astronomi, yang ia membangun dirinya untuk pengamatan, didirikan di Observatorium. Jam ini adalah lebih tepat dari orang-orang yang sebelumnya digunakan, dan dianggap sebagai salah satu penemuan yang paling signifikan di bidang astronomi yang diterapkan di abad ke-16. Dalam nya buku Al-Kawākib al-durriyya fihi wadh' al-bankāmat al-dawriyya (The bintang cerah untuk konstruksi jam mekanis), diterbitkan di 1559 ia telah memberikan rincian bagaimana jam alarm nya mampu terdengar pada waktu tertentu. Ia juga membahas berbagai jam mekanis dari perspektif geometris.
Jawad al-Din menciptakan mesin turbin uap praktis awal sebagai penggerak utama untuk uap pertama dan meludah self-rotating. Penemuan ini terbukti untuk pertama kalinya yang uap dapat digunakan untuk menghasilkan tenaga mekanik. Dalam bukunya, Al-Turuq al-samiyya fi al-alat al-ruhaniyya (The luhur metode dari Spiritual mesin) ia telah dibahas berbagai prinsip kerja, termasuk uap turbin, air jam, perangkat untuk angkat beban, perangkat untuk meningkatkan air, mancur, terus bermain seruling dan irigasi perangkat. Ia juga membahas kerja mesin uap dasar dalam bukunya yang akhirnya menyebabkan penemuan mesin uap yang lebih kuat di abad ke-17.
Jawad al-Din menemukan sebuah hydro powered meningkatkan air mesin dengan mesin enam silinder yang menggabungkan katup, suction dan batang piston dan cams pada poros berbasis air sendok-lain. Dia menggunakan menghubungkan crankshaft batang mekanisme, sebelumnya ditemukan oleh Al-Jazari. Dia memberikan rinci tentang pompa ini unik dalam bukunya; Metode yang luhur mesin rohani.
Jawad al-Din bekerja di bidang optik sangat luas, risalah penting; Kitab Nūr hadaqat al-ibsār wa-nūr haqīqat al-anzār (cahaya murid visi dan cahaya kebenaran pemandangan) ditulis dalam tiga jilid. Volume pertama berkaitan dengan visi, yang mencakup properti cahaya, struktur mata dan banyak subjek terkait lainnya. Kedua berisi eksperimental penyelidikan pada cahaya refleksi, dan ketiga menangani Pembiasan cahaya, termasuk Pembiasan global, dan hubungan antara cahaya dan warna. Ia memberikan penjelasan memuaskan pertama untuk pembentukan warna, jelas menyatakan bahwa warna dibentuk sebagai hasil dari refleksi dan Pembiasan cahaya, dua abad sebelum Isaac Newton. Metode konstruksi dari sebuah teleskop dasar juga dapat ditemukan dalam risalah. Ini adalah sebuah buku yang komprehensif tentang optik.
Jawad al-Din dibangun Observatorium, di 1577 CE yang terdiri dari dua struktur besar yang ditempatkan di sebuah bukit yang menghadap bagian Eropa Istanbul. Dia membuat penggunaan jamnya pengamatan baru diciptakan untuk menghasilkan zij, (astronomic tabel) lebih akurat daripada pendahulunya atau sezaman, seperti Nicolaus Copernicus. Jawad al-Din adalah juga astronom pertama untuk menggunakan notasi titik desimal dalam pengamatan. Ia juga menemukan Kolonel bingkai yang mirip dengan apa Tycho Brahe kemudian digunakan dalam pengamatan. Ia menulis traktat 33 pada astronomi.
Pada instrumen astronomi Jawad al-Din menulis risalah komprehensif yang berjudul; Alat-alat pengamatan Kaisar katalog. Risalah ini menjelaskan astronomi instrumen yang digunakan di Observatorium Istanbul, yang termasuk semua instrumen kuno, instrumen oleh para astronom Arab, dan beberapa bahwa ia telah menemukan dirinya sendiri.
Dalam matematika, Jawad al-Din membuat kontribusi pada trigonometri, ia adalah matematikawan pertama untuk menentukan nilai tepat 1 dosa. Ia menulis enam buku pada matematika, satu di zoologi dan satu kamus di tanaman obat.
Jawad al-Din adalah seorang jenius yang langka yang menemukan begitu banyak prinsip kerja dan astronomi instrumen.
Idenya turbin uap melahirkan turbin uap modern yang menghasilkan 80% dari listrik di seluruh dunia.
Dia adalah terakhir dikenal besar ilmuwan dunia Islam, yang memberikan ide-ide baru dan penemuan peradaban manusia.
Traktatnya yang diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropa dan mereka berkembang.

PERSOALANYA! Kenapa US dan Israel takut Jika Hosni Mubarak Letak Jawatan?




askar mesir pun sama marah dekat hosni mubarak..heh3

hosni mubarak merupakan sekutu kuat israel dan US
 Pertubuhan Ikhwanul-Muslimin (Ikhwan) Mesir yang berpengaruh itu dipelawa untuk menyertai kerajaan baru Mesir selepas tergulingnya rejim diktator Hosni Mubarak. Ini dibayangkan oleh Ketua Pembangkang Mesir, Muhamad El-Baradei dalam temuramahnya dengan wartawan CNN, Fareed Zakaria beberapa hari lalu, di tengah-tengah pemberontakan rakyat Mesir yang menuntut rejim Hosni Mubarak meletakkan jawatan

hosni u've been game over

"Mereka (Ikhwanul Muslimin) adalah orang baik," katanya, "mereka terpelajar, patriotik, berakhlak baik dan mereka adalah rakyat Mesir yang setia." El-Baradei yang kini dalam tahanan rumah ditanya pandangannya adakah Ikhwanul Muslimin itu sama seperti kumpulan militant Al-Qaeeda, kumpulan militant yang lain seperti di Iran dan di tempat lain. Beliau menjawab, "sama sekali tidak, mereka rakyat Mesir yang patriotik, terpelajar."
Tokoh yang mendapat Hadiah Nobel Keamanan kerana peranannya sebagai Pengarah Agensi Kuasa Nuklear Bangsa-Bangsa Bersatu itu menyatakan kesediaannya untuk memimpin kerajaan baru Mesir jika rakyat mahukan khidmatnya walapun beliau kini ada tugas lain.
"Bagi saya sudah tentu Ikhwan akan dipelawa menyertai kerajaan baru Mesir kerana jamaah Islam itu sangat berpengaruh, orang baik dan terpelajar," katanya lagi. Sekiranya kerajaan baru Mesir pimpinan El-Baradei itu menyertakan sekali jamaah Ikhwan, maka ini berbeza sekali dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan baru di Tunisia selepas Presiden Zein-Al-Abidin bin Ali digulingkan oleh satu  pemberontakan di Tunisia baru-baru ini.
Kerajaan baru itu sama sekali mengenepikan Ikhwanul-Muslimin Tunisia yang juga berperngaruh.  El-Baradei mendesak Amerika supaya 'meninggalkan' Hosni Mubarak dan jangan melibatkan diri dengan krisis di Mesir sekarang. Ulama tersohor, Dr. Yusuf Al-Qaradawi turut menggesa supaya Hosni Mubarak dan kabinetnya meletakkan jawatan.
Sementara itu, pihak Ikhwan belum lagi mengeluarkan kenyataan mengenai cadangan El-Baradei itu, yang mungkin dianggap terlalu awal. Tetapi dipercayai Ikhwan sangat berhati-hati dalam membuat keputusan seperti ini berdasarkan pengalaman pahitnyan di masa lalu, di zaman rejim Gamal Abd Naseer dan Anwar Sadat yang pada awalnya menghulurkan kerjasama, tetapi akhirnya rejim tersebut membunuh dan menahan serta menyeksa beribu-ibu ahli Ikhwan hingga kini, di zaman Hosni Mubarak.
Muhamad El-Baradei mengkritik dasar Amerika di Asia Barat, termasuk dasar Barack Obama di Mesir, yang menurutnya sama sekali bettentangan dengan aspirasi rakyat Mesir menyebabkan dasar Amerika itu gagal sama sekali.

Hosni with bush at white house

Sementara itu, sebuah kenyataan terkini dari pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir, Dr. Mohamed Badie menyeru umat Islam di Mesir supaya bersatu, optimis kepada perjuangan ini. Beliau menyeru umat Islam supaya bersedia menghadapi tindakan golongan penindas dan bersedia berjuang, berkorban untuk menjamin masa depan lebih baik.
Jika rakyat takut dan bimbang, kata Dr. Mohamed Badie, akan hanya menyebabkan berterusannya rasuah, kezaliman dan kemusnahan. Pemimpin Ikhwanul Muslimin itu menekankan bahawa inilah perjuangan dan pengorbanan yang perlu dibayar di mana kebebasan bersuara tidak akan diperoleh kecuali rakyat belajar untuk berjuang, menuntut hak asasi mereka.
Sheikh Badie menyeru semua umat Islam dan bangsa Arab menyuarakan bantahan mereka terhadap merebaknya gejala rasuah, tekanan terhadap kebebasan bersuara yang selama ini dianggap oleh rejim lama Mubarak sebagai tidak penting.
Kebebasan bersuara ini, menurutnya, perlu dilindungi dan pihak berkuasa tidak mempunyai hak untuk menafikannya.  Baginya, rasuah yang kini terus berleluasa dilakukan oleh rejim diktator di mana rakyat mesti menentangnya.
Menurut pemimpin Ikwanul Muslimin itu, dunia Arab telah berada di bawah pemerintahan diktator yang bertujuan hanya untuk mengawal sepenuhnyan segala aspek, khususnya kekayaan negara di mana menyebabkan rakyat miskin, pengangguran, rasuah, penyelewengan, pembaziran dan kepura-puraan.
Pemimpin pemerintah Arab pula, kata beliau lagi, memerintah secara kuku besi dan mengawal kebangkitan rakyat untuk kesejahteraan rakyat. Pemimpin Ikhwan itu sistem pemerintaha diktator dunia Arab menyebabkan golongan yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus miskin, tidak ada usaha melakukan perubahan.

we hate u hosni mubarak

Sementara itu, di tengah-tengah suasana pemberontakan di Mesir ini, ada suara kebimbangan amat sangat dari rejim Israel di Tel Aviv. Dalam satu temu ramahnya dengan CNN, bekas duta Isreal di Mesir, Eli Shaked memberitahu bahawa jika Hosni Mubarak digulingkan, dikhatirinya kumpulan Islam akan berkuasa dan akan bersikap keras terhadap Israel dan dunia Barat.
Sementara itu, dijangkakan lebih sejuta orang akan menyertai lagi tunjuk perasaan di Tahrir Square (Medan Kebebasan) di Kaherah dan beberapa tempat lain di mesir dalam beberapa jam lagi untuk menuntut rejim Hosni Mubarak meletak jawatan segera.
Kumpulan yang menggelar diri mereka 'Gerakan 6 April' merancang mengadakan demonstrasi lebih sejuta rakyat di tengah-tengah kebencian rakyat terhadap rejim Hosni Mubarak. Para penunjuk perasaan yang masih bertahan di medan tersebut tidak pedulikan perintah berkurung yang dikeluarkan oleh tentera. "Kami akan kekal di sini dan akan memperkukuh gerakan kami serta kami tidak akan berganjak dari sini," kata penunjuk perasaan yang dirakam oleh TV Aljazeera.
Chanel tersebut kemudiannya telah ditutup oleh rejim Mubarak. Enam wartawan dan jurugambarnya ditahan. Di antara yang menyertai tunjuk perasaam itu ialah para hakim dan majistret, para doktor dan jurutera, pegawai kerajaan dan swasta serta penulis. Diberitakan, lebih seratus orang telah terbunuh dan cedera. Semua komunilkasi dengan Mesir telah terputus. Penunjuk perasaan menolak jaminan Hosni Mubarak untuk melaksanaskan pembaharuan ekonomi dan politik. Jaminan itu, menurut mereka, terlalu kecil dan sudah terlambat.

bukti hosni sahabat baik israel