Saturday, December 18, 2010

''Manusia boleh berubah kehidupan jika beliau mahu jadi hebat dari orang lain''


kemahuan di tangan kita sahaja
 Mengikut senarai terbaru 400 individu terkaya di Amerika Syarikat (The Forbes 400 : The Richest People in America), kedudukan CEO dan co-founder Facebook.com Mark Zuckerberg melonjak dari kedudukan 158 ke 35.
Kini aset beliau dianggarkan bernilai $6.8,
Senarai tersebut menunjukkan bahawa kekayaan beliau telah mengalahkan kekayaan CEO dan co-founder Apple Steve Jobs yang berada di tangga ke-42 dengan $6.8 bilion.
Co-founder Microsoft Bill Gates masih mengungguli carta selama 17 tahun berturut-turut dengan aggaran aset bernilai $54 bilion.
Menurut akhbar Guardian, hari ini Mark Zuckerberg akan menderma sebanyak $100 juta untuk memulihkan sistem persekolahan awam di Newark.
Newark merupakan salah satu bandar metropolitan terburuk di Amerika Syarikat kerana mempunyai kadar jenayah, korupsi, kemisikinan dan pengangguran yang tinggi.
Perkara Baik Kita Contohi
Melalui berita ini, kita dapat lihat salah satu kelebihan orang kaya.
Oleh kerana mereka mempunyai kelebihan dari segi kewangan, mereka mampu membuat perubahan (change) dalam kehidupan orang lain.
Ketika zaman Rasulullah SAW, ramai sahabat yang kaya seperi Abdul Rahman Bin Auf dan Tholhah Bin Ubaidillah  menderma kebanyakan dari harta mereka untuk membantu golongan yang memerlukan.
Malah mereka menderma untuk perjuangan Islam. Kita perlu mempunyai azam untuk mencontohi amalan kebajikan yang mereka tunjukkan.
Azam sahaja tidak mencukupi, tetapi kita perlu berusaha dan bekerja kuat untuk menjadi manusia yang hebat.
"Kekuatan dan kemajuan hanya akan datang melalui usaha dan kerja kuat yang berterusan." - Napoleon Hillbilion

Teori konspirasi yahudi dan kristian


Sejak umat Islam sedar tentang kewujudan gerakan Freemason global, telah muncul suatu teori yang berkisar tentang hal ini, yang lebih dikenali sebagai Teori Konspirasi. Kebanyakannya, teori ini membincangkan tentang Zionisme, Freemason/Illuminati dan Yahudi.
Teori ini merebak dan terus merebak, baik di Facebook ataupun di blog. Ini menunjukkan teori ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Perkara ini seolah-olah menjadi agenda utama umat Islam masa kini, dan agenda utama umat Islam yang sebenarnya iaitu menegakkan semula Daulah Khilafah bagai diabaikan seketika.
Memang tidak salah untuk membincangkan perkara ini dan umat Islam wajib menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama. Tetapi, umat Islam bagaikan sudah menumpukan perhatian yang lebih terhadap perkara ini, di mana fakta tentang teori-teori yang dikemukakan adalah belum tentu sahih. Dan secara kasarnya, Teori Konspirasi ini lebih sensasi berbanding Daulah Khilafah.

                                        . يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ
               
                                                             .  فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ 

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." - Surah al-Hujurat: Ayat 6
                                                                                           

Friday, December 17, 2010

Ciptaan tuhan yang maha kaya kita sungguh terpesona





pemandangan hutan tropika
 

pemandangan panorama gabungan unsur sungai dengan flora biotik







pemandangan matahari terbenam




 
pemandangan kutuk ais







pemandangan salji di korea




Kebaikan Taugeh

TAUGEH

Jangan pandang rendah terhadap sayur yang paling murah ini … kerana ianya taugeh. Ramai menjadikan tauge sebagai pilihan terakhir untuk dijadikan sayur. Tapi tahukah anda, tauge sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

o Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

o Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukemia. Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin(canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

o Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

o Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

o Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

o Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

o Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya!