Saturday, November 13, 2010

APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN SOLAT HAJAT?

1. Apakah yang dimaksudkan dengan solat hajat?
Terdapat dua cara untuk menunaikan hajat khususnya hajat dunia.
Pertama dengan mentaati Allah iaitu dengan melakukan apa yang diperintah samada perintah wajib mahupun sunat dan meninggalkan apa yang dilarang samada larangan haram atau larangan makruh.
2.  Ketaatan tersebut sekiranya diterima oleh Allah menjadi penyebab untuk manusia mendapat apa sahaja hajat yang dicita-citakannya. Dalilnya ialah firman Allah:
ومن يتق الله يجعل له مخرجا. ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه
Maksudnya: “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia jadikan untuknya jalan keluar dan Dia memberi rezki kepadanya dari sumber yang dia tidak jangkakan” (Surah al-Talaq, ayat 2-3).
3.  Begitu juga firman Allah:
من عمل صالحا من ذكر أو أنثى وهو مؤمن فلنحيينه حياة طيبة
Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan amalan soleh samada lelaki atau perempuan sedangkan dirinya beriman maka Kami akan hidupkan dirinya dengan kehidupan yang baik. (Surah al-Nahl ayat 97).
4.  Allah berfirman lagi:
ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض
Maksudnya:”Dan jikalau penduduk kampungitu beriman dan bertaqwa pasti Kami buka untuk mereka barakah-barakah (rezki) dari langit dan bumi.” (Surah al-A`raf ayat 96)
5.  Cara kedua ialah dengan berdoa kepada Allah dengan syarat-syarat dan adab-adab yang telah digariskan oleh Syara` antara yang terpentingnya khusu` hati dan perasaan serta tulus ikhlas hati terhadap Allah dan menjauhi perkara haram.
6.  Doa yang terbaik pula ialah doa yang didahulukan dengan amalan soleh. Dan antara amalan soleh itu ialah dengan mengerjakan solat. Imam Ahmad meriwayatkan dengan Sanad yang Sahih
" من توضأ فأسبغ الوضوء ثم صلى ركعتين يتمهما أعطاه الله ما سأل معجَّلا أو مؤخرا"
Maksudnya: “Sesiapa yang berwudu’ lalu menyempurnakan wudu’nya kemudian dia mengerjakan solat dua rakaat yang disempurnakan, Allah berikan kepadanya apa yang diminta cepat atau lambat.

0 comments:

Post a Comment